Friday, August 17, 2007

KaSiH iBu....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sunday, August 12, 2007

MmU CoNvO 2007


hurm....nk ucapkn congrats kpd kwn2 yg grade thn nie 2007.....i'm soooo hapiiii for u all...n dun 4get me okeh....and congrats also exspecially to emily...hik3...dun b sad..keep up ur smile....hik3..

CiNtA SeorAnG LeLaki...

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada Kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan! kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku! curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.....


Umur Anda!!

Berikut Matematik yang sederhana, latihan mengira yang akan mengejutkan anda ! · Hanya 30 saat, yang anda harus lakukan - : ikuti semua arahan, lakukan dan jawablah semua pertanyaannya.
Jangan lihat kesimpulan akhir sebelum anda mencuba menjawab hitungan pertanyaan.

1. Pertama, fikirkanlah berapa kali anda ingin makan keluar bersama keluarga atau kekasih anda dalam waktu seminggu ?. (Sebutkan suatu angka seminggu berapa kali yang boleh anda luangkan waktu untuk makan bersama di suatu restauran ).

2. Kali kan angka tersebut dengan dua (2).

3. Lalu di tambah dengan lima (5).

4. Kemudian ?.Kali kan lima puluh (50).

5. Jika hari birthday anda tahun ini (2007) telah tiba: tambahkan 1756. Jika belum tiba, tambahkan 1755.

6. Langkah terakhir: sekarang kurangkan dengan bilangan tahun kelahiran anda (misal: 1941, 1973, dst... ).

7. Sekarang anda akan mendapatkan suatu angka dengan tiga bilangan (3 digit)

8. Angka / bilangan pertama adalah Berapa kali anda seminggu akan makan keluar bersama kekasih/keluarga anda Benar kan .? .. Sekarang anda ingin tahu Dua angka terakhirnya adalah ? Umur Anda !!!!

CinTa TanDa jaLaN..

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepenjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya

SEDANG DALAM PEMBINAAN Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

PEJALAN KAKI Biarkan si dia beralu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti

JALAN BENGKANG BENGKOK Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji

JALAN SEMPIT ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri AWAS!

JALAN BERBUKIT Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain

JARAKKAN KENDERAAN Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!