Selamat menyambut Hari Lahir yg Ke-82, Tun Dr Mahathir Mohamad..
Setelah meninggalkan persada politik pada tahun 2003 dengan 23 acuan membentuk malaysia sebagai satu negara yg cukup di segani dan di hormati oleh seluruh dunia.Walaupun Malaysia selamat daripada bencana alam yg cukup hebat seperti ribut kathrina,el-nino,ataupun puting beliung..Malaysia sempat merasakan bencana yg lebih hebat daripada itu,Krisis Ekonomi 1997 ( the NightMare Of Malaysia ) satu bencana ekonomi yg sukar diterima oleh masyarakat malaysia kerana negara yg sedang maju ini tiba-tiba di timpa musibah dlm sekelip mata,negara-negara jiran terasa bahangnya..Sewaktu berlaku krisis ekonomi ini segelintir anasir-anasir jahat menghebahkan bahawa ini semua adalah kerana dr.mahathir sendiri,beliau adalah punca kejatuhan mata wang negara....tetapi tun dr.mahathir telah membuktikan bahawa bukan beliau puncanya dengan mengambil beberapa tindakan ekonomi di mana ketika itu beliau sendiri menjadi menteri kewangan 1 dan mengambil langkah2 utk menangani krisis dan masalah ini. Ketika negara lain leka dengan mimpi2 indah mereka,tun dr mahathir membawa perubahan pesat dlm pembangunan negara,cthnya begitu banyak projek2 mega di atur dan di laksanakan...Satu tamparan hebat bagi negara-negara jiran,w/pun baru pulih dr luka,Tun Dr.Mahathir tidak patah semangat,putus asa ataupn mengambil masa utk rehat tapi diatur dengan strategi berbisa,hasilnya kita dapat lihat skrg bangunan2 pencakar langit yg gah...pusat pemerintahan kerajaan di Putrajaya yg seperti satu laman yg cantik dan begitu profesional yg mencerminkan budaya ketimuran . Bukan sedikit kalau hendak di ceritakan dan bukan mudah untuk dilupakan, tetapi sejauh mana kita menghayati beliau ini,itu menjadi pokok persoalan. 20 December lepas merupakan hari kelahiran beliau,tetapi tidak ada mana-mana pihak menyambut ataupn khabar berita mengenai sambutan hari lahir beliau. Adakah kita harus tunggu sehingga tiba hari pahlawan utk mengenang jasa beliau,apakah kita sudah lupa pemimpin kita ini kerana sudah menjadi pemain simpanan negara seperti pemimpin-pemimpin yg kita sanjungi lain. Apa selepas ini kita cuma akan ingat terhadap mereka ketika hari kemerdekaan itupun klu ada papan iklan ataupun kain rentang yg di gantung di tepi jalan yg terpampang wajah2 mereka ini. Saya yakin, kita akan ingat kerana sudah tentu ada syarikat-syarikat gergasi yang akan membuat iklan dan di penghujung iklan tersebut terpapar wajah2 mereka, dan setidak-tidaknya mereka ttp di ingati ketika kita melawat muzium2 negeri ataupun muzium negara di mana ada satu sudut di letakkan biodata dan sedikit jasa-jasa pemimpin kita itulah sumbangan kita dan cara kita menghargai pemimpin kita. Lihat sejauh mana kita menghargai mereka yg begitu susah payah menjadikan negara ini selamat,aman dan damai. Ke mana perginya pihak-pihak yang mengagong2 kan beliau sewaktu beliau berada dlm pucuk pimpinan negara,hilang... sudah lupa ingatan, ataupun sudah bertukar arah.....teringat saya kepada satu pepatah "habis madu sepah dibuang" .....harap bukan semua yang beranggapan begitu,ini pemikiran yg tidak sihat...dari jauh sudut hati saya bertanya apakah rakan-rakan saya juga telah terlupa....
p/s : Picture taken on February 5 during International Conference Expose War Crimes at Kuala Lumpur Malaysia... thankx to wazari

