Tuesday, May 6, 2008

PubLic Forum

Perlukah Menjadi Kaya?

Apakah yang kau kejar dalam hidup? Bagi seorang lelaki mungkin 3 perkara ini yang dicari:

HarTa.
TakhTa.
WaniTa.

Selagi 3 Ta ini wujud di atas muka bumi selagi itulah seseorang itu akan terdedah kepada kuasa negatif dalam hidup. Ramai manusia yang jadi hamba kepada 3 Ta ini sehingga dia lupa dirinya adalah hamba Yang Maha Esa.

Perlukah menjadi kaya?

Aku bagi contoh.

Situasi 1 (orang bujang bekerjaya)
Kau ada kereta.Katalah kereta kau itu mahal. Import dari Itali. Buatan tangan. Mungkin dari jenama Ferrari. Hurmm mungkin imaginasi itu terlalu tinggi. Tukar. Kereta kau itu buatan Jepun. Sebuah Nissan Skyline model baru. Kau beli secara ansuran. Bayar bulan-bulan dengan duit gaji kau yang tidak tinggi mana. Tapi kau jenis yang kuat berusaha. Bila kau nak kau mesti dapatkan. Walaupun gaji kau ciput kau mampu lagi bayar tiap-tiap bulan ansuran kereta kau itu tapi kau berkorban lah juga. Makan sekali sehari. Beli baju baru sekali sebulan. Kau tak pergi lepak-lepak dengan kawan-kawan malam minggu. Duit kau cukup-cukup untuk survive dan bayar hutang. Tiba-tiba suatu hari kau nak pergi kerja dan kau dapati kereta kau dah hilang. Apa perasaan kau ketika itu??

Situasi 2 (remaja/pelajar universiti)
Kau tengok kawan-kawan pakai henpon canggih dan latest model. Kau ingin dan kepingin. Tapi kau tak mampu. Nak mintak duit dengan ibu ayah kau segan. Jadi kau usaha sendiri untuk dapatkan. Kau kerja sambilan untuk cari duit lebih disamping duit PTPTN yang kau sedia dapat. Beberapa bulan kau kumpul duit kau dapat juga henpon idaman kau dengan duit hasil usaha kau sendiri. Tak lama lepas tu kau telah cuai meninggalkan henpon kau yang canggih itu kat meja makan. Kau sedar 5 minit selepas itu tapi bila kau pergi henpon yang kau baru pakai 2 minggu tu dah lesap. Apa perasaan kau?

Situasi 3 (siapa-siapa sahaja)
Kau ada wang simpanan yang banyak di bank. Berpuluh ribu dan mungkin mencecah ratusan ribu. Tanpa diduga berlaku krisis ekonomi di seluruh dunia. Nilai mata wang merosot dan bank tempat kau simpan wang itu jatuh bankrap. Apa jadi dengan duit kau? Sudah tidak bernilai kan?

Situasi 3 mungkin kurang masuk akal tapi kemungkinan untuk berlaku sentiasa ada. Situasi 1 dan 2 mungkin biasa dalam kehidupan seharian. Aku bukan nak kata tak perlu menjadi kaya. Perlu. Tapi jangan berlebihan. Tidak salah mengumpul harta dan menjadi kaya. Tapi kau mesti tau kewajipan kau bila berharta..

Dan kau harus ingat manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Sentiasa mahu yang lebih walaupun sudah cukup. Itulah penyakit tamak. Kau kena sedar perkara ini;

"Harta yang kau ada bukanlah kau punya, yang kau ada hanyalah rezeki pemberianNya."

Maka sebab tu kita kena ingat harta yang kita ada sekarang sekadar pinjaman daripada Yang Maha Esa. Jadi perlulah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

i'm bak

heheheh....aku kembali ngan semangat membara utk bloggin,tp yg aku sakit hati nyer da lar nk bt posting baru bole plk blogspot ni kata ade spam,most probali kena delete..(da** pam**) panas plk hati aku kjap,oleh sbb aku ni ade sifat berjuang,aku terus mencari mcm mn nk dapat balik blog aku ni..heheh..akhirnyer aku dpt postin jgk,tu lar gaya terbaru aku ngan potongan rambut diskon 80% pendek,body masih elastic dan slim krim..cuma kulit gelap skit lar,skit jek lar..tp ramai plk yg kata da cerah skit skrg mgkn perasaan aku jek kot rs mcm da gelap skit skrg...kuikuikui...bagi mereka2 yg masih rindu kat aku x kira lar kat mana2 jua anda berada klu rs rindu sgt kat tu jgn lar smpi nk bt misscall jek..sekali sekala tu call lar aku okeh..aku tau korang sygkn aku..tp jgn lar smpi nk kaco aku bt2 bisu plk..call aku lps tu bt gaya org bisu..aku punye lar menjerit mcm nk giler..korang bt dunno jek...ade plk yg nk bt lawak kelakar pagi2 buta ngan bt suara2 sengau....agak2 lar beb klu nk berlawak pun jgn lar smpi mcm tu sekali okeh...aku paham korang nk hiburkn hati aku,aku serius terharu ngan korang semua...okeh lar,aku x bole nk sambung citer lagik sbb rs sebak plk...catch u later!!!!!!!!!!!

Thursday, May 1, 2008

TUN DR.MAHATHIR BECOME BLOGGER

Pemimpin tersohor negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini seorang blogger



blog TDM ialah http://www.chedet.com/

Welcome To The New Era Of War....