hmm...sy terpanggil utk mengekspresikn perasaan sy psl awang selamat nie...adakah awang selamat ni suke utk melihat masyarakat berbalah antara satu sama lain...penulisan die seolah2 nk melaga-lagakan semua org....melayu ngan cina...teguran yg agak berbeza bersalutkn provokasi yg beliau bt..adakah kerana beliau seorg wartawan bole berkata pe2 shj....sy msh ingat minggu lps baru shj TPM kiter tegur mengenai komen beliau tetapi minggu nie beliau kembali menunjukkn kekuatan seolah2 x de sape2 bole ganggu beliau or beliau sudah imune ngan semua teguran ni...klu TPM da tegur pun beliau bole lagik nk menulis ngan beragendakn provokasi..hmmmm....
sy rasa lar kn...klu die asyik nk mengapi2kn org melayu ngan bangsa lain...mslh tidak akan selesai ttp semakin keruh.....lebihkn etika menulis dr perasaan, saya melihat perasaan menguasai minda beliau sehinggakn penulisan atau komen beliau mencerminkan siapa sebenarnyer awang selamat, jgn terlupa sedangkn adik kandung sendiri bole ade mslh ngan keluarga sendiri, apatah lagik ngan malaysia yg mempunyai berbagai2 bangsa, mesti ade perasaan yg tersinggung skit tp jgn meniup api negatif sehinggakn mslh yg bole di selesaikn jadik lebih teruk.....jgn smpi semua da keruh baru nk tersedar....semua ni petikan yg saya ambil dr utusan.com...anda nilai lar sendiri...
Petikan 1
"Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah mencetuskan bantahan beberapa pihak termasuk UMNO.
Awang turut tertanya mengapa perlunya pungutan pendapat itu dalam laman blog pemimpin parti komponen dalam BN. Topik itu telah dimuatkan sejak tahun lepas dan dibiarkan lama biarpun ketika Tee Keat sudah menjadi Presiden MCA.
Bagaimanapun pungutan suara itu dikeluarkan daripada laman blog tersebut kelmarin. Berdasarkan laporan akhbar, 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar daripada BN.
Persoalan mengapa pungutan suara dengan tajuk yang sedemikian dibuat dan dibenarkan dalam laman blog Presiden MCA?
Bayangkan jika Pergerakan Pemuda UMNO dalam blognya menyiarkan bancian bertajuk "Setujukah anda bahawa MCA gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum lalu dan wajar dicerminkan dalam pembentukan kabinet?"
Sudah pasti MCA akan melompat dan menjadikannya isu besar. Pada Awang dan ramai lagi, pungutan suara itu adalah sebahagian daripada muslihat MCA mahu menekan UMNO. Strategi sedemikian tidak akan berkesan kerana prestasi MCA merudum teruk dan gagal mengatasi pengaruh DAP yang begitu agresif. Kalau masyarakat Cina sudah menolak MCA, untuk apa lagi memberi muka kepada parti itu?
Malah jika MCA mahu meninggalkan BN, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dengan adanya MCA sekalipun, BN belum tentu dapat memenangi hati masyarakat Cina (termasuk pada pilihan raya umum depan). Sebaliknya UMNO akan sentiasa diasak untuk banyak mengalah kononnya atas nama perubahan.
UMNO mesti bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan daripada percaturan politik parti komponen tertentu. Jika ada parti yang mahu keluar, usah ditahan. Biarkan sahaja.
Mungkin UMNO perlu merangka model politik baru dan mencari mekanisme terbaik mendekati hati bukan Melayu tanpa melalui parti komponen. Jika kaedah itu tidak banyak membantu di peringkat awal, tidak mengapa. Yang penting, UMNO tidak seharusnya lagi bermurah hati semata-mata mahu menjayakan perkongsian kuasa sedangkan ada parti komponen yang sentiasa mengenakan tekanan. Mereka sahaja yang mahu menang dan bersikap keterlaluan. Maka untuk apa lagi perkongsian kuasa yang sebenarnya lebih menguntungkan pihak lain?"
Petikan 2
"ISU kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua yang dianggap menghina kakitangan awam dan orang Melayu, meninggalkan kesan tersendiri. Apatah lagi beliau enggan memohon maaf atas kenyataannya itu, sebaliknya cuba mengalihkan perhatian kepada hal lain.
Awang boleh faham kalau kebanyakan orang Melayu akan melihat DAP sebagai parti yang ‘memusuhi kaum Melayu’.
Kakitangan awam di negara ini juga pasti akan menyimpan persepsi negatif terhadap parti itu berhubung kenyataan Tony Pua.
Dalam pada itu, Awang tertanya mengapa DAP enggan membetulkan sikap banyak syarikat swasta yang mengehadkan peluang pekerjaan kepada orang Melayu, dengan cara menetapkan syarat fasih bahasa Mandarin.
Mesejnya daripada semua ini ialah perhubungan kaum di negara kita masih rapuh walaupun nampak molek di luar.
Awang percaya jika kepentingan Melayu terus diasak, akan tercetus gelombang suara mempersoalkan semula tolak ansur kepada golongan minoriti. DAP patut sedar hal ini.
Tiada negara lain di dunia yang menyaksikan kaum minoriti menerima nasib yang sebegitu baik sebagaimana di Malaysia.
Awang – Makin waspada."
p/s : x guna Perdana Menteri, Najib Tun Razak, bt istana pasir klu Awang Selamat nk jadik ombaknyer.........
Sunday, June 14, 2009
Bisik-Bisik Mingguan AWANG SELAMAT....
Posted by dr.crazib at 12:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment